Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 31, 2012

Kenikmatan dunia



owh. mengantok sangat.! kalau dapat bantal, katil dan
suasana bilik macam ni. sungguh la nikmat.
takde nikmat yang nyata selain dari dapat tidor time sekarang ni.
nak keluar makan rasa kenyang.
nak keluar jalan2, sendiri pikir la kat Midvalley ni.
nak pulak time cuti sekolah. aishh, memang full habis !
sekarang ni kat opis suasana tenang.
ada yang membuta kat meja masing2.
siap pasang ringtone sendiri lagi. berlawan2. .
mata ni dah tak tahan plus sejuk pulak tu. nak menaip pon rasa berat.
btw, katil kat atas tu masa aku pergi 
Swiss Garden Resort di Kuantan. memang terbaek la. 
dengan seaview lagi. memang tak rasa nak keluar bilik. Hee.
try la pergi. antara Swiss Garden Resort Damai Laut dengan Kuantan,
aku rasa Kuantan yang terbaek dan paling syok.
 eah. . sudah2. . sangat mengatok ni. .



 

Kaki novel dah pupus!



erghhh..!! lately ni aku selalu sakit2 badan. sebab apa aku tak pasti.
tapi memang letih. cuma mood kat makan je tak pernah letih.
semua benada kat rumah aku jadi malas nak pegang.
sampaikan nak angkat baca novel pon aku rasa malas.
boleh bayangkan tak tahap malas tu.?
masak aku boleh tahan lagi sebab nak makan kan tapi 
bab kemas dapor serah pada khidmat pakar unit lain. hehe.
maafkan saya. . .
novel 'Aku Ada Kamu' ni aku rasa 3minggu baru habes.
melampau punya lama. serius. ini adalah yang paling lama aku rasa.
selalunya aku mampu habiskan novel ni dalam masa 3hari.
itu kalau time takde keje la. tv semua aku tak tengok.
lepas makan baca novel. sebelom tidor baca novel.
kiranya kalau ada kelapangan apapon aku akan baca novel.
sebab tu stok novel sentiasa ada kat rumah. .
aku ada lagi 3novel yang belom baca. tengah menunggu giliran!
tapi kalau dah malas camni, bila nak abesnya.?


ini yang terbaru. baru beli minggu lepas. tapi sampai sekarang 
belom tercapai pon lagi muka surat ke 40!
malas tahap gaban ni. mmm, actually En. Boo Boo yang belikan.
dia singgah kedai buku dan beli satu novel untuk aku.
sebenarnya dia main hentam beli ja. langsung tak pandai beli
pon bab2 novel ni. means tak kisah pon jalan cerita camne,
tapi bila aku baca sinopsis kat belakang tu,
rupanya heroin novel ni nama Johanna.!
wooww, kiranya novel dia beli ni ada gak la relations dengan aku.
aku ja yang salah sangka dengan dia kan. sorry.
maklum la hari2 buka blog ni. silent reader tu. . Hihi
 thank you abang sebab bagi support.


 

Wednesday, May 30, 2012

Crispy Chicken Chop



yeah. menu semalam. seperti yang dijanjikan.
aku nak menunjuk kat sini la. kembang kempis hidong
dari semalam pon tak abes lagi. sebabnya dapat pujian baek punya.
" . Chicken chop sayang lagi sedap dari SR. !"
Wooww, tutup kedai la pasni SR. Hahaha.
harini nak tempek resepi sikit. aku buat berdasarkan
apa yang ada di rumah je. plus main agak2.
kalau nak yang lebih di yakini, google sendiri okey.

Crispy Chicken
2 ketul ayam bahagian peha - buang tulang
lepas basuh bersih. toskan. kalau nak cepat,
lap dengan tisu. :) perap dengan garam,
black pepper dan sikit italian herbs. perap 30minit atau lebih.
celup ayam dalam sebiji telur yang dikocok.
salutkan dengan oat atau breadcrumb.
goreng terendam sampai garing. dah masak,
angkat dan tos.

Mashed Potato
2biji russet potato rebus dan lecek halus.
gaul dengan secubit garam.
dan 1/3cawan fresh milk.
campurkan jugak 1sk butter atau merjerin.

Coleslow
Kobis bulat secukupnya.
Carrot kalau ada. macam aku takde. diam2 sudah. Hee.
1/2 biji bawang Holland potong dadu.
3sb mayonis. secubit garam dan black pepper.
gaul semua bahan hingga sebati. letak dalam peti ais.
makan sejuk2, sangat la terbaek.

Black Pepper Sauce
2 cawan air. 1kiub ayam.
1 cawan fresh milk
1/2biji bawang Holland potong dadu.
Didihkan semua bahan. masukkan black pepper
sebanyak mungkin. Warnakan sauce dengan
kicap. kehitaman  sauce adalah ikut suka hati.
bila dah mendidih. bancuh 3sb tepung gandum dengan sikit air.
masukkan dalam sauce. sebatikan dan perasakan dengan garam.
ikut tahap masin lidah masing2. lastly, letak 1sb butter.
untuk bagi nampak sauce tu shining sikit. :)


ini hiasan ala kadar. makan pon dah nak dekat 9malam.
mood nak hias cantik2 pon dah takde.
mana nak perap ayam lagi. memang tak sempat.
tapi syukur la. semalam kan hari kedua big day kami.
ada jugak la special nya even kelam kabut.
malam ni mungkin masak lagi tapi jenis ala Thai pulak kot.
insyaALLAH. tunggu okey. :)

 

Tuesday, May 29, 2012

Gila set pinggan


orang lain mungkin dah lama ada berset2.
aku baru bercinta atau maksud lebih tepat berangan2 nak beli.
memang teringin sangat.
aku dah lama mencari tapi nak beli cash, mau dapat siku
dari En. Boo Boo !
tapi tu la. . kalau dah nama rezeki, tak hilang ke mana.
tiba2 minggu lepas dapat katalog PERNAMA dari Angah.
ala.. kutu pinggan Corell yang askar punya tu la.
terus teruja di buatnya. . Hahaha
maklum la, ramai yang kata, set dari PERNAMA ni
lagi murah dari yang kat Langkawi nun.
plus boleh bayar 10kali. itu yang terang bijik mata tu.

haisshh. sejak lepas kawen ni aku ada ketagihan baru la.
pantang tengok barang kemas dan pinggan mangkuk.
dan handbag dan kasut jugak. !
tapi takpe kot, selagi takde anak ni, simpan la harta
selagi boleh. nanti dah ada anak, tak boleh cakap tidak kalau anak 
nak apa2. so rasa bersyukur harus ada buat masa ni.
kumpul harta selagi termampu. ye kan.? :D




Hari Kedua Tahun Kedua



there. . istimewa untuk my 3rd big day!
1st masa Anniversary 100 days,
2nd untuk  1st Anniversary,
dan ini 2nd Anniversary. .
semlam lepas makan2 kat SR.
terus beli kek ni. oleh kerana cuti sekolah,
makanya jenis kek yang aku nak memang tak dapat la.
takpela, asalkan dapt kek dari SR.
itu dah memang perjanjian even harga kek dah naik sikit.


 semalam makan kat SR yang simple2 je.
takdelah mewah sangat pon. sambutan kecil kecilan.


dah balik. potong kek sama2.
itu jelah. takde nak lebih2 pon. cuma malam ni
kalau takde aral,ingat nak buat chicken chop.
itupon kalau menjadi la kan. tapi insyaALLAH,
mungkin menjadi. mmm pasal entri my baby semalam,
ramai yang bertanya itu ini. ramai yang inbox jugak.
doa2 kan lah. yang pasti baby tu Angah punya. bukan aku. .


Monday, May 28, 2012

Baby saya 34minggu !



my 34weeks baby.
another 6weeks to go.!
tak sabar nak melihat kamu. jantina tak dapat dikenalpasti.
sebab asyik malu2 je. 
apepon semoga kamu selamat melihat dunia.
dan mama kamu selamat melahirkan.
tak sabar nak tunggu anak saudara pertama ni :)
 sekejap je dah besar dalam perot.


 

Happy 2nd Anniversary


tik. . tok. . tik. . tok. .
datang lagi tarikh 28 Mei. tarikh nikah kami.
terus teringat saat pertama kali kena cium dengan En. Boo Boo!
Mmmm. .

Genap sudah 2 tahun usia ikatan halal kami.
istimewa dan hangat masih seperti mula kawen.
cuma kekadang tu biasa la kalau ada berombak kecil.
sesekali tu ada jugak time bertumbuk dan laga2 kepala.!
adat berumahtangga, biasa la ye.
harini sama2 kerja. tapi insyaALLAH, akan berbulan madu
kemudian. mungkin lepas cuti sekolah.
sekarang ni mesti mana2 hotel tengah sesak kan.
so tunggu jela lepas cuti sekolah.
bulan madu pre-anniversary dah pergi, maknanya biar la 
lambat sikit. panjang sikit sambutan anniversary kali ini.

malam ni mungkin akan ada open table.
janji En. Boo Boo kat aku semalam. 
takde suprise sangat la kot. janji dapat berdua je pon dah bahagia.
sambutan yang kedua ni takde pengharapan sangat
sebab baru kecewa kan. jauh lagi perjalanan kami ni.
cuma diharapkan jodoh kami terus berkekalan sampai
syurga. Aminn. . .



 

Saturday, May 26, 2012

cartoon camera :)



Harini family aku sumua ada kat rumah.. Jadi dari Bukit Beruntung,kami plan nak pergi Sogo!

Jom kalau ada sesiapa yang nak ikot..

Kita jumpa sana ye. Harini jalan2 tanpa

En. Boo Boo.. Dah dia kerja cari duit, ada duit isteri ysng habiskan. Hee..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 25, 2012

Burger Bakar Rawang

Minggu lepas punya cerita. Harini baru ada masa dan pandai nak update kat blog. Di FB dah post awal lagi. Cuma di blog lambat sikit. Maaf. . Jom la aku tunjuk gambo je. . Kasi terliur sikit. Semuanya gara2 eida yang membakor hati aku untuk ke sana. 

ada 3 cawan menunggu baru nama burger bakaor.!

En. Boo Boo punya..!

me.!



Published with Blogger-droid v2.0.4

Lama. . .

 
mmm. lama tak menjengah blog ni.
bukan takut dengan caci maki orang kat opis ni sebab dengki aku
berblog tapi sibuk berkursus.
kalau ikot adat biasa la. orang tak pernah puas hati
dengan apa yang kita ada. asyik nak mendengki. .
tapi malas citer paasal bab ni. sebab taknak amek masa lama2.
nanti orang cakap aku takde kerja lain.
asyik dengan blog je. tapi kalau main game ke, chatting ke.
boleh pulak kat opis ni. itu yang aku tak faham.
tapi takpe. aku malas nak amek port hal orang. !
 
kawan2. apa khabar.?
sebenarnya, even canggih camne pon henpon aku.
aku still tak pandai nak guna untuk blogging.
asyik failed je nak publish entri. kesian kan aku. .
sebabnya aku tak pandai nak taip camne.
Hehe.
nanti ada masa. aku cerita pasal baby okey.
tunggu. . nah hadiah untuk kawan2. .
 


 
 
 
 

Friday, May 18, 2012

Resepi Homemade Nasi Impit


Pernah buat nasi impit sendiri.?
ada yang cakap leceh. ada yang cakap tak bes.
aku pernah buat sendiri gara2 malas nak ke kedai.
suami isteri jenis pemalas. kalau dah boleh duduk kat rumah,
mula la berat bontot nak start motor, kereta!


senang je nak buat nasi impit ni.
aku tanya mak jugak masa mula2 buat.
basuh beras. toskan dulu.
masukkan dalam plastik, stapler.
anggaran beras dalam tu adalah jangan letak sampai separuh.
cukup sekadar 1/3 lebih kurang.
ini berdasarkan pengalaman aku,
 isi beras dalam sarung ketupat la ea. sarung tak pandai buat!
masa nak rebus. cucuk kan plastik tu dengan garfu.
cucuk dalam 3 tempat.
letak pes pandan, konon2 nak bagi wangi la.
garam kasar 2sudu kecik. rebus dengan air banyak.


see. montok kan nasi impit aku ni.
sebenarnya tak susah pon. lagi senang dan jimat.
dan selamat. sebab kita yang buat sendiri.
kalau yang kat kedai, dah macam2 dia letak kan.
ianya pemalas nak keluar. lepas tu promote bukan2.
Hihihi



 

Wednesday, May 16, 2012

Ketentuan. .


ye. . dah ketentuan Allah. 
kegembiraan yang diberikan hanya sementara.
lepas itu, kami di uji kembali. .
macam dapat dijangka tapi dalam masa yang sama
tetap ada harapan yang terselit. .
rupanya perasaan negatif yang sekelumit tu menjadi nyata.
belum sampai rezeki kami. itu kalimah pasrah !
sabar dan terus bersabar.
kerana orang yang sabar ni besar ganjarannya.
walaupon kadang2 rasa macam dah tak mampu nak bangun balik,
tapi kena tanam dalam diri, yakinkan hati. .
suatu masa itu akan tiba juga.
buat masa ini, tiada yang istimewa pada tahun kedua kami. .
kecewa ke aku ? Ya, itu pasti sebagai manusia biasa.




 

Wordless Wednesday : Teringin tapi Takut !







Tuesday, May 15, 2012

Sup Tulang



masa cuti hujung minggu baru ni. aku buat sup tulang.
serius aku tak berapa pandai buat. main hentam je. aku tak berapa 
makan daging so memang tak minat la kan.
aku sebenarnya tak tahan dengan bau dan rasa lembu tu. :)
En. Boo Boo yang request nak makan sup tulang ni.
aku buatkan jela, dah kebetulan family mertua nak datang. .
rebus lama kot. . hampir 4jam ! tapi berbaloi-baloi. .
daging superb lembut dan lemak2 sekeliling tulang tu pon dah lekang.
resepi yang aku bagi ni. berdasarkan resepi belakang plastik
rempah sup bunjut tu. tapi macam kentang tu aku tak letak la.
dan ada bahan yang aku pandai2 tambah. Heee

RESEPI SUP TULANG

Bahan-bahan
  • 1KG tulang lembu + daging 200g
  • rempah sup bunjut
  • 5ulas bawang merah
  • 5ulas bawang putih
  • 1inci halia
  • 1sk lada hitam
  • 1sb minyak masak
  • 1paket sup bunjut
  • air secukupnya
  • daun sup + daun bawang
  • bawang goreng
Cara-Cara
  • rebus tulang sampai empuk. amek masa 2jam.
  • masukkan daging yang dipotong besar2. amek masa sejam++.
  • tumis bawang merah+bawang putih+halia yang ditumbuk kasar.
  • masukkan sekali dengan bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih, pelaga                                  (ada dalam paket sup bunjut)
  •  tuang bahan tumisan dalam periuk sup.
  • masuk rempah bunjut serta lada hitam dan biarkan setengah jam lagi.
  • perasakan dengan garam. bila dah siap. tabur daun sup + bawang goreng. hidang. .
 
masa nak makan. jangan lupa hidangkan sekali sambal kicap.
amek 3ulas bawang putih. segenggam cabai burung.
blend kan sume bahan. letak kicap. kalau nak rasa masam.
perah sikit limau nipis. mmmm. . terangkat !
makan sambal kicap ni dengan sup ayam memang
aku suka. . tak payah nasik. ratah je. :)


Monday, May 14, 2012

Resepi Mee Udang



oit. dah takde idea ni. abes gambar lama semua aku godeh.
lagipon sebenarnya pagi ni teringin nak makan mee udang.
nak cari mana la kan kat Midalley ni. . pernah buat sekali mee udang ni.
tapi tak berapa nak mantop.! lepas ni buat lain lah. .
gambar yang kat atas ni masa aku pergi makan kat Matang, mee udang Makteh.

RESEPI MEE UDANG

Bahan-bahan
  • Mee kuning
  • Udang bersaiz XL 15 ekor(d buang tanduknye,janggutnye n muncungnye shj)
  • Bawang putih 6 ulas~di tumbuk halus
  • Lada kisar 4sb
  • Sos tomato 10sb
  • Garam
  • 1sb gula
  • Sedikit Ajinomoto
  • Sawi 1pokok,daun sup 1 pokok dan potong 1inci 
  • 4sb bawang goreng
  • Sedikit kobis di potong memanjang
  •  air 4cawan
  • #UTK HIASAN# Daun sup & bwg goreng

Cara-cara

  1. Panaskn 2sb minyak kemudian tumiskan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkn lada kisar dan di gaul rata.
  3. Masukkan air,sos tomato biarkan hingga mendidih.
  4. masukkan udang,daun sup dan bawang goreng~ biarkn sampai udang msk.
  5. Angkat udang dahulu kemudian masukkan mee,sawi,kobis,garam,gula n ajinomoto utk tempoh 5min.
  6. Angkat mee tadi dan boleh lah di hias dengan meletakkan udang diatas mee kemudian di tabur dgn daun sup n bwg goreng. Selamat mencuba.. 
 
ini resepi yang aku godeh2 kat google. kalau ada yang sedap lagi.
kongsi la dengan aku. tapi ada jugak yang aku tengok letak belacan.
bahan yang lain lebih kurang je kot. beza pada kuantiti jela.
pada yang nak mencuba. cubalah. tak mngecewakan pon.
buat sendiri boleh makan lebih2. Hihi. .


Wednesday, May 9, 2012

Tuesday, May 8, 2012

harta baru. . .



baru beli. . minggu lepas sebab En. Boo Boo dapat baucer Tesco Rm50.
nak beli barang dapor, semua dah lengkap. sampai sendat almari dapor.
pikir punya pikir. decide nak beli benda alah ni.
hadiah kawen dulu dapat jugak benda ni tapi biasa la kalau dah bertapuk lama2
kat kampong nun. sure jadi hak milik kampong. .
so takde la aku kisah sangat dah kebetulan mak punya pon dah rosak.

mmm, masa mula2 beli semangat nak buat kek memuncak.
tengok2 takde butter dalam rumah, terus merudum semangat tu !
sekarang ni mood tu dah takde. langsung takde.
nak seru roh tu datang balik bukan senang ooo. . boleh makan minggu.
silap2 datang berbulan2. Hihi
memang dasar pemalas kan ?
hujung minggu ni mak mertua datang sebab Ahad ni ada
kenduri sepupu En. Boo Boo kat PJ.
rasa macam nak asah skill. nak jamu mak mertua datang Sabtu petang ni.
kira sempat la baking 1 kek kukus yang simple.
sape ada idea nak buat kek kukus apa.?




Monday, May 7, 2012

TUGAS HAKIKI


Harini hujan dari Bukit Beruntung terus sampai MidValley.
tempat lain aku tak pasti. pagi ni masuk opis lambat.
tren delay pon ia jugak. . bangun lambat pon ia jugak. sigh.
harini aku tiba2 rasa nak tanam semangat baru tentang menjalani
kehidupan selama 8jam di opis. .
mula dari harini. . aku nak tumpukan perhatian pada kerja hakiki
aku sebagai 'Juruteknik Awam'.
Taknak lagi buat kerja yang lain selain dari tugas hakiki aku.


kalau di ibu pejabat JKR macam yang aku kerja sekarang,
tugas hakiki juruteknik adalah membuat lukisan. !
dah takde beza dengan pelukis pelan. tapi juruteknik
bukan setakat buat lukisan. segala jenis filing pon kena buat juga.
dan jangan terkejut kalau ada sesetengah surat penting, aku yang taip even
bukan atas nama aku. ! dan yang paling sadis, nak fotostet sekeping surat 
pon akan dicampak atas meja juruteknik macam aku ni.
itu kerja harian yang perlu golongan juruteknik buat di opis ini.
opss, perhatian untuk juruteknik yang baru saja.
pekerja2 yang dah tua, boleh duduk saja layan Tab atau
belai binatang peliharaan di opis ! pekerja tua tidak 
di galakkan bekerja di opis ini. hanya dibenarkan 'tunjuk ajar'
yang muda saja. . lepas ni, aku kena usaha keras
untuk mencapai 45 keping lukisan setiap tahun.
berpeluh jugak la ketiak kalau dapat J41 yang duduk belakang
sambil tengok kita buat kerja. . o_O

mmm, nasib badan la kan. . 
nak tukar ke tempat lain atau ke bahagian daerah rasanya lagi teruk kot. 
so biarlah sementara waktu ni, aku stay dulu di sini.
dan aku tak pasti seberapa lama semangat baru aku ini.
sebab En. Boo Boo selalu cakap, aku ni spesis hangat2 ta*k ayam !


 


Friday, May 4, 2012

Stay away ! ! !


sumber :: papadam

Perlu ke setiap benda yang kita kerjakan kita ceritakan pada semua orang.? Perlu ke setiap pergerakan kita nak dicanang pada manusia lain.? Kadang2 rasa tertekan sangat dengan suasana di opis ni.
Setiap hari aku senyumkan diri, tabahkan hati, pekakkan telinga.
tapi masih ada yang tak puas hati. . masih ada yang suka tengok manusia lain jatuh.
masih ada yang suka tengok dia terus berdiri kat atas walaupon hakikatnya dia sudah tidak layak.
setiap kerja yang aku laksanakan kat opis ni, aku bukan nak harap perhatian boss.
cukup kalau aku dapat sudahkan kerja aku dengan hati tenang dan puas.
tak perlu nak ganggu aku. . sebab aku tak pernah ganggu dia. . susahkan ke kalau dia dapat duduk dia tempat dia dengan aman. tak perlu duduk sampai mati. . cukup sekadar memerhati dengan mata.
bukan dengan kepala lutut. !
aku tak suka cerita benda2 jiwang atau emo terlebih kat blog ni.
tapi harini aku gagal. aku rasa orang sekeliling aku macam tak pandai nak ambil hati aku. . ke aku dah jadi seorang yang tewas.? ke aku dah jadi seorang yang sensitif tiba2.?
sesungguhnya, terapi jiwa pada seorang wanita yang stress seperti aku sekarang adalah  shopping.
i need that now En. Boo Boo. . really. .

For you Boo Boo. . harini sebab 5S, sayang kena menghadap boss.atas sebab tidak melaksanakan kerja hakiki dengan sewajarnya even kerja hakiki tu takde pon. .stress sangat. . kalau tau, memang dari awal lagi tarik diri dari jadi AJK 5S ni.
 

 


Thursday, May 3, 2012

Bencana 5S !


sekarang kat opis sibuk dengan 5S. takde masa nak hadap
dan update blog seperti selalu.
sangat sibuk. kalau ada 8tangan, dah tentu aku akan guna semuanya.
sekarang ni kasi panas blog dulu even ada yang menjeling !
tema unit kami strawberi, macam tak logik kan ?
tapi serius. . itulah temanya.
very buah-buahan kan. dah macam tadika aku rasa.
dan logo di atas aku reka untuk unit kami. cantik tak.?
dan ini contoh tempat aku yang belom di '5S' kan. .

tempat AJK 5S paling harammmm.!
 tak bersusun. . . . gagal.


 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...